Aku makin kecil

Ini adalah story aku selepas tahun 2013 hingga hari ni Ogos 2020.
 
Selepas tahun 2018, aku dah tak berkhidmat di syarikat itu lagi. Ye la kan berhijrah seleps 8 tahun berkhidmat di tempat yang sama. 
Di tempat baru aku punya ramai kawan baru. Suasana baru yang lagi best untuk tambah berat badan. 
Syarikat baru tempat aku bekerja, adalah syurga travelling. So, aku yg duk opis bahagaian admin ni, tukang menjamah setiap keping coklat dan manisan yang dibawa oleh rakan rakan dari luar Malaysia. 
Dan juga jamuan makan hampir setiap minggu. Hasilnya berat aku meningkat kepada 96 kilo!😱tanpa aku sedar.

Aku masih cuba mangamalkan diet ATKIN, nampaknya aku TEWAS dengan makanan manis yang sungguh enak.

Bila berat aku mencecah 90 kilo pertama aku mula resah. Perut besar dan aku susah membongkok, rasa mengah dan tersekat. Aku berusaha mnejalankan semula diet ATKIN agar aku cepat turun.Pada masa yang sama usia aku turut bertambah. Aku lupa pada faktor usia. Rupanya bila berusia aku tidak mampu lagi untuk skip karbohidrat. Aku malah rasa nak pengsan. rasa ketar dan berpeluh. Aku tak boleh buat kerja dan pening, mula rasa nak pengsan.

Berpuluh kali aku cuba memang aku tak sekuat dulu. Bila baca komen ramai pulak yang kata usia tua susah nak turun berat. Maka aku memilih ubat ubat kurus di pasaran. JAngan suruh aku senaraikan. Memang banyak, dari tablet, koko, teh, kolegen, asia , kopi, green kipo, semua aku ambik dan semuanya tak berkesan. Yang lagi teruk ialah aku lagi cepat letih dan makin lemah. 
wajah chubby aku..





Dibawah ini ialah cacatan aku 8 tahun lepas👅NASIB ada blog yang simpan khazanah aku. So boleh refer.

Aku ni berat 86kg tinggi lak 155cm jerk.. lahai bmi aku tak yah cakap.  aku dah obesiti katanya...malas nak tgk.. berat ideal aku 48 kg.. berapa beza? dekat 38 kilo. ada satu peristiwa hitam dalam hidup aku yang memaksa aku melihat diri... dan bermulalah aku mencari jalan mengurangkan beratku ini.
Duit bukan masalah besar bagi aku... dan aku mengambail keputusan untu pergi je ke pusat pelangsingan terkenal..yang sokmo ada kat Tv... masa aku singgah ke sana, promoter tu  kata lemak aku banyak, dah sampai tahap obes.. dia kata ketulan lemak aku mengeras sekali dengan daging dan sukar nak turun kan.. stage dah agak teruk .. kalau aku gemuk skit je lagi dia akan  suggest aku pi buat operation sedut lemak.
aku ni kategori gemuk gempal..gemuk daging.. lemak dalam daging tuu memang susah nak kurus.. sebelum ni ada juga macam macam ubat aku try..(tpi semua herb tradisi)..yg lain aku tak caya sangat... tapi tak penah kurang pun berat aku. memang susah.. stahu aku deit atkins nii memang buang lemak.. tekakisah la lemak ko tu dah geng ngan dengan daging ke atau tak... ko tak caya ko cuba la 2 minggu je dulu..nanti ko tgkla perubahannya...
cita pasal kat slimming centre tu lagi..... pas cek semua, dia kasi satu seisi pelansingan utk percubaan.
Aku pun melaluinya dengan harapan servis bombastic punya...dan bila aku melaluinya.. aku nak gelak pun ada.. macam ni punya servis utk satu seisi dia nak charges rm800?  ko tahu tak mcm proses aku bertanggas masa lepas beranak je... hehehheheee... mahal lak di acharges total semua seisi dalam rm10ribu.. tu pun katanya ... lepas bagi diskaun... dan paling utama yang aku tak suka dengar... kena control makan gak.. kalau mulut tak control..tak guna nak langsing.... 
Kalau macam tuh... baik aku balik kampung aku je  buat tanggas.. hari hari . sebijik macam treatment yg dia kasi aku jeee... tak mo la... terimak kasih bebanyak...
aku mula cuak..eleh..kalau control makan tak payah pi sini punaku boleh kurus.. bila aku pikir balik... baik aku diet sendiri!!! macam la aku badak.. banyak lagi orang lain lg gemuk daripada aku.! kan kan..gemuk mana pun korang ada orang lagi gemuk dari korang... positif thinking tuu.....
saja nak takutkan aku.... katanya 2 atau 3 bulan je aku boleh naik lagi tahap kritikal.. so aku nyampah dgr dia cakap. baik aku buat plan aku sendiri. diet yg aku suka.. kenapa ingat aku takut? tengokla nanti aku kurus ke aku gemuk lagi!!! bengang aku.
So, aku memula kan diet nii secara rasminyee... sejak boss pi haji.. huk huk..saja kebetulan kena time tu.
secara peribadinya 17 oct 2010. sehingga 24 oct aku mula kan diet kalori.. sbb masa tu aku belum tahu agi pasal diet atkin nih...
so masuk 2nd week aku terbaca diet atkin.. cari dan cari aku juga terjumpa macam macam komen ..negatif dan positif pasal atkin. Kalau korang nak detail.. better la baca baik buruknya buat atkins. dan kena betul betul paham..bagi sesiapa yang ada masalah buah pinggang tak elok buat atkins sbab buah pinggang akan banyak keje.. tetapi sesiap yg tembam macam aku dan siaht sejahtera..bagi la buah pinggang exercise jap... nanti kit abagi dia rehat .. sbb nak tolong jantung... wakikikiiii
jgn ikut jeee.. kena paham betukl betulll
bagi aku walau buruk mana pun.. aku tak sumbat ubat yg ntah pe pe dlm perut aku .. kira baik lee tuu. kalau makan ubat entah menjahanankan buah pinggang aku... mana kita tau? bila sakit baru tahu kesan ubat tu. Jadi bila buat atkins..kit adah faham apa akan jadi dalam badan kita...
 lagipun menjaga anak , suami nii mana laa banyak masa terluang utk buat senaman nii.. sekadar bangun pagi joget joget skit tu ok la... atau sambil masak terkejer kejar urusan anak basuh kain dan sidai kain...
so aku terus mencari dan memulakan diet atkin 24 Oct 2010 selepas memahaminya. dalam masa aku mencari tuu.. aku terbaca blog adik cubby yg dah berjaya slimm, iaitu blog.taknakgemuk.blogspot... pi la tengok best baca blog adik Dzul nii. hak milik adik zul.. so korang pi lawat tau.. seronok baca blog (adik nihh. dik akak promote hang tauu).
Blog aku nihh nanti- nanti la baru aku nak online kan for public. Now, private jee aku sorang je yg baca.. hehe heeh heee
habis bulan oktober .. kira kira seminggu aku rasakan badan aku mengecil.. macam tak percaya je... baju lama dah boleh pakai.. seluar jean aku dulu yg sendat kat perut sekarang dah longgar dan boleh masuk satu tangan lagi..

Paling aku tak lupa kain aku nyaris nak terlondeh sbb perut dah kecil,, huk huk.. yeke?
aku dulu dulu pernah nak kuruskan badan ..tak pernah lak menjadi., uniform yang kena pakai tiap hari isnin tuu dah tak ketat kat lengan.. senang aku ambik wuduk..
tapi berapa kilo aku dah turun yek? eisssh suprise sungguh...
udah la tuuu umah aku tak pernah ada penimbang.. sbb aku tak pernah bersungguh nak menguruskan diri... wakakaka...
satu hari sebelum pulang bercuti kekampung aku gagahkan diri paksa suami aku beli penimbang... jeng jeng.. 3 minggu lepas masa pi sebuah pusat pelangsingan badan aku seberat 86 kg.. huk huk huk.. berat kan?
sekarang 4 november.. berat aku 70kg!! wow macam tak percaya jee..
aku dah loss 16kg!!! kalau aku kat slimming tuu sure diorg kata sbb ubat depa... jangan nak bohong aku leee.. so kengkawan control makan jeee ..bukab susah sbb banayk benda sedap boleh makan... jom joint!!

paling best... suami aku kata bila peluk rasa kecil lak.. tapi dia cakap jangn kurus sangat .. dia tak suka orang kering.. kalau dia suka yang kering..dia tak kawin dgn aku.yang memang dah cubby dr sebelum kawin lagi. dia nak aku turun 60 Kg je... itu arahan.. ikut je la...
secara rasminya aku kena amalkan utk 10 kg lagi.. hehehe.. tapi jangan le macam belon... pep peee la... tak sia sia aku positif thinking. apo tak nyoo..
Aku siap simpan foto model yg badan lawa lawa.. dan tiap pagi aku bangun tido aku mesti pi tgk gambar model tu..aku cakap.. i will be like this ..i wil be like this.. It's confirm!!!
i believe it...
so lepas balik kg..alamak bapak sedara aku buat kenduri.. emm makan dan makan.. balik KL diet semula okkk? hehee.. sbb tak diet aku naik balik too 73Kg. takpe.. kalau masakan mak tak makan rugiiii..
so 8 november hidup aku dgn atkin semula.. best ..enjoy the food.. tak caya look at my daily resepi.. heheh heee..

Suami belanja beli baju baru... sukenye diee ... katanya minggu depan nak kasi rm100.. pi beli baju yg dier suka.. wakakaaaa..tq suamiku.. love youu soo much.!

hari ini 9 November.. aku masih meneruskan diet akuu. huhu.. tapi aku memang modify supaya sesuai untuk wanita. awet muda.. insyallah.. boleh semak menu aku.. ada berani? hari ni gaks aku dah pakai baju aku sebelum kkawin.. sbb masa aku kawin berat aku 75 kg.. now 70kg? so memang la padan sesangat.. happy happy aku kurus kurus.. yoo yooo

Dalam proses nak amalkan diet ni..memang most boleh turun berat without reason. meanss.. without execise pun turun gak.. just buat rutin harian you all jeee.
but biasa laa aku ni suka menambah nambah.. saja nak kongsi.. aku cuma pastikan aku tak makan karbio udah leee.
antaranya:

1. dulu aku naik lif... now aku turun naik tangga menghantar anak aku pi umah pengasuh. berat anak aku 12 kg.. hehehe lelah gak

2. badan turun pun takde makna kalau perut boroi ... sendiri la ingat. buat la pep pe exercise.

3. pasal zat tambahan .. aku ambik soya high protein dr cosway.. korang kalau nak ambik.. up to youu tak semestinya cosway..apa pap way pun bolehh yang takde way pun ok...

4. aku amalkan akar kayu dan ubat tradisi.. macam tungku.. dan barut

5. sit up? hehee malasnya..kekadang jeee pepagi atau b4 tidoo tu pun kalau aku tak penat

6. aktibiti harian aku.. bangun 6.00-6.30 masak utk anak suami dan diri sendiri..siap keje anta anak.. ptg ambik anak masak for diner utk aku anak dan yahanya sekali.. ikut la menu pe depa suka .. tak effect pepun.. cuma ko jgn le makan makanan depa tuuu... mana boleh si kecil membesar takde karbo.. dan jgn buat suami tension..masaklee mcm biasa sedap dan menarik.. walaupun anda tak makan.. kalau nak rasa tu satu sudu sehari jerkkk...

7. lepas tempoh 2 miggu aku selalu bagi diri aku 1 hari merdeka untuk mkm makanan karbo dlm kuatiti serderhana.. contohnya aku teringin sgt nak makan rojak.. emm yum yummm half mangkuk.

8. aku pengguna jamu hehee .. 2-3 kali aku makan sekali. so aku teruskan jee sbb jamu takde karbo.

9. senaman ? aku susah sangat nak buat exercise.. sorry yeee. masa muda dulu je rajin siap masuk larian 10 km lagiee, tapi dah pencen... but if you kalau buat lg baguih... cepat lemak tu pegi dr badan kita.

hari ini 15 november 2010. 2 hari lagi nak hari raya aidiladha. semalam adik aku call .. dia tanya aku buat diet atkin lagi ke? emmm aku jawap spontan.
kesimpulannya aku dah makan karbo.. tak strict lee tuu.... So macam mana halnyee ni? 10 kg lagi tauuu!!!.
bila nak timbang? biar la lama dulu... kalau dah makan karbo tu..macam terboo la badan ko naik...

Hari ni 25 dec 2010..

cuma try pakai kebaya lagi makcik.. hehehe.. kak tau muda lagi.

ahaks..nampak kaki udah lee..  baju lama semua muat balik.. best besttt...